DISKUSI@SMKAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
DISKUSI@SMKAM

SMKAM
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Peraturan & kod Etika

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 1
Join date : 2007-09-25

Peraturan & kod Etika Empty
PostSubject: Peraturan & kod Etika   Peraturan & kod Etika Icon_minitimeTue Sep 25, 2007 7:08 pm

Peraturan & kod Etika DISKUSI

Objektif peraturan dan kod etika ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA warga SMKAM dan pengunjung dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik. Sekiranya anda sudah mendaftar dan menjadi ahli diskusi maka anda adalah secara dengan langsung tertakluk dengan segala peraturan dan kod etika forum ini.

A. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum kecuali di bahagian Info Rasmi dan Ruangan Pengendali Sahaja. Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.

Topik baru hendaklah dibuka di dalam segmen forum yang bersesuaian. Topik berkaitan grafik tidak boleh diletak di dalam forum kerjaya. Topik berkaitan pelajaran tidak boleh diletak di dalam forum komputer dan seterusnya.

Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang. Jika ada mana2 topik yang membuat 'spam' atau topik berulang kali maka pihak Mesticafanz tidak teragak-agak untuk memadamkannya atau ban user tersebut tanpa notis. Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang. Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.


B. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum kecuali forum Pengendali Sahaja. Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi smilies sahaja adalah ditegah dan didelete tanpa notis. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.



C. Etika dan Tatasusila
Setiap ahli adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah.



D. Saiz imej untuk avatar & signature
Saiz utk avatar ialah tidak lebih 110x110 pixel dan 42kb sahaja manakala saiz imej untuk signature hendaklah kurang dari 120 x 60 pixel dan tidak lebih dari 15kb. Pilihlah avatar dan signature yang mempunyai mesej yang baik melambangkan sst yang bermakna... Adalah menjadi satu pakaian iman dan taqwa bagi pengguna FORUM menggunakan avatar yang bersyariat..



E. NickName User Mesticafanz
Anda boleh memilih memana nick yang sesuai dgn etika sbg orang Islam, Dan setiap individu hanya perlu ada 1 nick sahaja tidak boleh mendaftar banyak nickname serta tidak dibenarkan menukar nick setelah mendaftar menjadi ahli DISKUSI, pihak admin akan membuang nick user yang tidak menepati etika dan akhlak yang baik tanpa notis.


G. Perlaksanaan Peraturan
Sekiranya mana2 individu yang melanggar peraturan dan kod etika DIATAS akan diberi amaran. Mana-mana posting atau mesej yang tidak sesuai yang mana ada unsur negatif, provokasi, politik keterlaluan, lucah, subversif dan skim cepat kaya akan didelete, dikunci dan dipindahkan tanpa sebarang notis . Jika tiada maklumbalas positif maka kami akan memblacklistkan atau mendeactivatekan account anda dengan keputusan bicara panel admin. Semoga dengan kod etika ini mampu menjaga keharmonian kita bersama.

Ok, sekian sahaja Kod Etika DISKISI buat masa ini... wassalam...

Best Regards
Admin study
Back to top Go down
https://smkam.board-directory.net
 
Peraturan & kod Etika
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
DISKUSI@SMKAM :: Info Rasmi :: Kod Etika-
Jump to: